Denda RM35,000 biar sarang aedes

Kuala Lumpur – Padah ingkar arahan penutupan premis yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes, sebuah syarikat pembinaan didenda RM35,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zura Syazween Hamizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Maran Econ Build Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya selepas mengaku salah terhadap pertuduhan itu.

Zura Syazween menjatuhkan hukuman denda RM8,500 dan denda harian RM500 setiap hari bermula 23 Ogos hingga semalam.

Pengarah syarikat terbabit turut berdepan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, selaku pengarah syarikat itu, didapati ingkar perintah penutupan premis dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Mohd Asri Muda pada 23 Ogos lalu di premis tapak binaan di Lot 28368, Jalan 34/26, Seksyen 10, Wangsa Maju dekat sini, jam 10.25 pagi pada 28 Ogos 2014.

Dakwaan terhadap syarikat itu dibuat mengikut Seksyen 8(8) dibaca bersama Seksyen 8(3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 23(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, hasil pemantauan pegawai Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Shumizan Siron mendapati kerja pembinaan di tapak berkenaan tidak mematuhi perintah penutupan premis yang dikeluarkan kepada kontraktor tapak pembinaan itu pada 23 Ogos lalu, bagi menjalankan kerja pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan KKM, Ideris Mohamed manakala syarikat itu diwakili R Rameswaran.

Terdahulu, Rameswaran memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang ringan terhadap anak guamnya atas alasan ia adalah kali pertama syarikat itu dihadapkan ke mahkamah.

Bagaimanapun, Ideris memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana sebelum ini syarikat berkenaan menerima notis penutupan premis empat kali namun masih gagal dipatuhi.

“Mereka tidak ambil kisah mengenai keselamatan dan nyawa manusia di sekitar tapak pembinaan. Mohon mahkamah memberi hukuman sewajarnya supaya dapat menjadi contoh kepada tapak pembinaan yang lain,” hujahnya.

Share this :

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelawat

116666
Users Today : 96
Users Yesterday : 77
This Month : 1115
This Year : 16666
Total Users : 16666
Views Today : 225

PENAFIAN

KIKSM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Paparan terbaik

Internet Explorer 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768