Penguatkuasaan “Ops Tapak Binaan” Di Bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

“21 Pengarah Syarikat Tapak Binaan Akan Didakwa”
Dalam penguatkuasaan Ops Tapak Binaan yang dijalankan di seluruh negara pada 13 dan 14 Mac 2018, sebanyak 978 premis tapak binaan telah diperiksa. Sejumlah 130 (13.3%) premis dikesan melakukan kesalahan membiarkan pembiakan serangga pembawa penyakit berlaku. Sebanyak 127 notis kompaun akan dikeluarkan dalam masa terdekat apabila proses permohonan izin kompaun diperolehi daripada Timbalan Pendakwaraya. Sebanyak 21 pengarah syarikat tapak binaan akan di dakwa di mahkamah.

Notis kerja pembersihan di bawah Seksyen 8(2) APSPP 1975 turut dikeluarkan kepada 65 premis yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk berlaku. Sebanyak 18 premis tapak binaan diberi arahan penutupan di bawah Seksyen 8(3)(aa), akta yang sama bagi menjalankan aktiviti pencegahan dan pembersihan agar premis bebas daripada serangga pembawa penyakit khususnya nyamuk Aedes.

Tujuan operasi dijalankan adalah bagi mengurangkan kejadian kes Denggi dikalangan masyarakat. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa optimis dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan APSPP 1975 secara berterusan bagi membendung peningkatan kes Denggi disamping mengurangkan risiko jangkitan Demam Denggi.

 

 

Share this :
Tagged with:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelawat

102907
Users Today : 34
Users Yesterday : 73
This Month : 1562
This Year : 2907
Total Users : 2907
Views Today : 154

PENAFIAN

KIKSM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Paparan terbaik

Internet Explorer 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768